First blog post

This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

post

Advertisements

Penghargaan

Dengan izin Allah, kami telah berjaya menyiapkan laman web yang bersifat informatif ini kepada masyarakat dengan jayanya. Alhamdullilah. Oleh itu, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Kursus LMCR2133 iaitu Dr. Maharam binti Mamat kerana banyak membimbing kami dalam penghasilan penulisan ilmiah mahupun untuk menghasilkan entri blog. Selain itu, kami juga sangat bersyukur kerana wakil Surau Ar-Rahim memberikan kerjasama untuk ditemubual mengenai sejarah penubuhan, carta organisasi, program yang dijalankan, aktiviti keagamaan yang dilakukan, dan banyak lagi. Wakil surau Ar-Rahim adalah En. Shahrizan bin Haji Samad, Setiausaha Surau Ar-Rahim, pada 02/04/2017.

Link Surau atau Masjid yang juga menjadi kajian sekitar Bandar Baru Bangi

1. http://citraalikhwan.blogspot.my/
2. https://suraujubliperakbbb.wordpress.com/
3. https://suraualikhlasbbb.wordpress.com/
4. https://suraualehsanbbb.wordpress.com/
5. https://kawasanrukuntetanggajubliperakbbb.wordpress.com/
6. http://masjidalhasanah.org/home/
7. https://suraualislahbbb7.wordpress.com/
8. https://rtkajangrayabbb.wordpress.com/
9. https://suraualukhuwah.wordpress.com/
10. https://surauarraudhahseksyen3bbbblog.wordpress.com/
11. https://suraualamirin.wordpress.com/
12. https://masjidukmbangi.wordpress.com/
13. https://suraualaminbbb.wordpress.com/
14. https://suraunuridamanbbb.wordpress.com/blog/
15. https://suraubangiperdana.wordpress.com/
16. http://masjidalhasanah.org/home/
17. https://suraualmawaddah.wordpress.com/

Program akan datang

Antara perancangan program akan datang adalah bagi memperkenalkan pada masyarakat bahawa Surau Ar-Rahim BBB adalah aktif dari segi kegiatan duniawi dan akhirat seperti di bawah;

  1. Membina rumah istirehat
  2. Membina dapur waqaf
  3. Program Remaja Hebat pada bulan Ramadhan
  4. program Kelas Tajwid dan Talaqi Al-Quran Bersanad

 

Carta Organisasi

  1. Pengerusi- pengerusi berperanan dalam mengetuai pengurusan dan pentadbiran surau
  2. Setiausaha-tugas setiausaha ialah membantu AJK melaksanakan tugas supaya berjalan dengan baik, sebagai pencatit semua minit mesyuarat AJK dan mengedarkan minit mesyuarat untuk tindakan lanjut AJK
  3. Imam- individu yang mengetuai sembahyang berjemaah
  4. Bilal- bertanggungjawab untuk melaungkan azan setiap waktu solat fardu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak
  5. Siak- Siak sesuatu masjid atau surau hendaklah menjaga kebersihan seluruh masjid itu
  6. Bendahari- mencari sumber kewangan tetap dan berterusan melalui yuran tetap setiap Ahli Jawatankuasa, sumbangan tetap individu, syarikat dan lain-lain sumber
  7. AJK
  8. Wakil pemuda- Tugas wakil pemuda ialah merancang dan menganjurkan program untuk pemuda, mewakili surau dalam mesyuarat dan program pemuda peringkat masjid, merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti keilmuan khusus untuk remaja dan belia
  9. wakil pemudi- agen perhubungan antara muslimah surau dan ahli muslimat kariah, menjaga kebajikan kaum muslimah dikalangan anak kariah dan masyarakat setempat, mengadakan seminar berkaitan kesihatan, ibu mithali dan kempen menutup aurat.
  10. Bilal jenazah wanita- apabila menguruskan jenazah wanita
  11. Pemeriksa kira-kira I dan II- bertanggungjawab memeriksa buku-buku akaun masjid ekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan memberikan laporan lengkap tentangnya kepada nazir dan menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIS atau oleh Nazir masjid itu

 

carta organisasi surau

Infrastruktur dan kemudahan yang ada

Sebagai sebuah surau yang dikenali ramai, Surau Ar-Rahim bbb banyak mempertingkat infrastuktur bagi menarik minat para pengunjung agar terus datang untuk beribadah dan beriadah. Antara infrastruktur yang ada ialah;

  1. Tikar solat ditukar setiap tahun
  2. Ada wifi percuma untuk pelawat
  3. Ada padang untuk aktiviti riadah
  4.  Tandas dan tempat mengambil wuduk yang bersih
  5. lantai yang berkilat dan bersih
  6. tanaman yang subur
  7. kuliah agama harian, mingguan, dan bulanan

 

  1. tanaman surauair wuduk surauaircond suraulantai suraurak surauwifi surausurau org 2surau org 3

Perkhidmatan yang disediakan

surau ar rahim perofile

Surau Ar-Rahim Bandar Baru Bang menyediakan beberapa perkhidmatan. Antaranya;

  1. Menunaikan ibadah
  2. Mngadakan pertandingan nasyid, jualan barangan terpakai, kelas memasak serta pusat khidmat masyarakat
  3. Memupuk nilai taqwa dalam diri insan

Visi dan Misi

Visi dan misi Surau Ar-Rahim adalah menjadikan Surau Ar-Rahim sebagai tempat bermusyawarah iaitu tempat berkumpul bukan sahaja membincangkan hal agama, malah membincangkan juga mengenai hal semasa. Hal ini, visi dan misi menjadi satu matlamat utama penubuhan Surau Ar-Rahim dan harus dicapai agar dapat berbakti kepada masyarakat, negara dan khususnya agama Islam.

Sejarah Penubuhan

Surau Ar-Rahim terletak di Jalan No 11, Jalan 8/28a, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi. No siri pendaftaran surau yang diperoleh dari Majlis Agama Islam Selangor ialah MAIS/SU/UKS/011/2.JLD : 2 (195). Surau Ar-Rahim pada awalnya dibina pada tahun 2007/2008 bertapak awal di surau sementara yang dibina sementara di tapak rumah sewa. Akan tetapi, pihak tuan rumah asal meminta tapak rumah mereka dikembalikan semula. Pihak surau mengambil inisiatif agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dalam jangka masa yang segera, kerana khuatir timbul masalah- masalah atau persengketaan yang tidak diingini.
Oleh itu, pihak surau mengambil keputusan untuk berbincang mengenai permasalahan ini di sebuah Tadika Pasti. Semua jawatankuasa tertinggi telah memandang serius akan perkara ini dan mereka mengambil keputusan untuk bersetuju dengan permintaan tuan tapak rumah untuk memulangkan segera tapak rumah mereka. Pihak surau telah bersepakat dengan penduduk setempat untuk memastikan agar surau berkenaan dapat digunakan sebelum Ramadhan. Hal ini demikian kerana, surau tersebut akan digunakan oleh penduduk setempat untuk mengimarahkan ibadat puasa yang penuh barakah bersamaan tahun 2008 .

Sejarah Penubuhan

  • Surau ini mulanya tapaknya di kediaman seseorang.
  • Akhirnya, surau ini berjaya dibina dan kini sudah berusia 15 tahun
  • Seorang hamba Allah, menyumbangkan sejumlah RM 10K